Sahabat Ilmu

Ahad, 28 Februari 2010

Sentiasa Dalam Kemenangan

Assalamu'alaikum wrm.

Tiada istilah kalah bagi pejuang kebenaran.

Mereka sentiasa 'menang'. Walau di bumi mana, di zaman dan waktu yg berbeza.

Semua Rasul adalah pejuang kebenaran. Mereka tetap dalam kemenangan kerana risalah yg dibawa adalah kebenaran dari ALLAH, walau dipandang salah dan menyesatkan oleh manusia kufur.

Rasulullah pernah 'kalah' dalam peperangan Uhud.

Baginda jatuh di dalam lubang yg digali musuh. Pengsan di dalamnya.

Ketika hendak pulang ke Madinah, 'Umar melaungkan kpd Abu Sufyan (masih belum Islam pd waktu itu) :" Kami yg kalah, tentera-tentera kami yg mati masuk ke dalam Syurga, manakala kamu yg menang, tentera-tentera kamu yg mati dihumban ke neraka!".

Inilah kemenangan hakiki. Kemenangan kerana membela kebenaran.
Maksud: " ALLAH berfirman: " Inilah hari (qiyamat) yg (padanya) org-org yg benar (pd tutur kata dan amal perbuatan) mendapat manfa'at dari kebenaran mereka; mereka beroleh syurga-syurga yg mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. ALLAH redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia.Itulah kejayaan yg amat besar." (SURAH AL-MAIDAH: 119)

Sentiasa menang selama-lamanya, selagi adanya sinar mentari... ALLAHUAKBAR..

Tiada ulasan: